Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Diploma Teknologi Makmal Perubatan Diploma Teknologi Makmal Perubatan
DaftarIPTS

Untuk Pendaftaran Segera Sila SMS 
NAMA<jarak>
NO.IC<jarak>
ALAMAT<jarak>
EMEL
dan hantar kepada 019-223-6172

Website: www.studyipts.com

Program Teknologi Makmal Perubatan menggabungkan pengetahuan ilmiah dengan kemahiran praktikal sebenar didalam maklmal-makmal moden dan lengkap yang membantu dalam meningkatkan pengalaman pengetahuan, dan kemahiran bagi melahirkan ahli makmal klinikal yang berfikiran kritis serta berkemahiran dalam hubungan antara perorangan. Program ini menggabungkan pendidikan umum, sains kesihatan dan sains makmal klinikal bagi melengkapkan graduan dengan penilaian dan etika yang baik dalam membuat keputusan.

Apa itu DTMP?

  • Diploma yang melengkapkan pelajar untuk menjadi pakar teknologi makmal perubatan di masa hadapan.
  • Pelajar-pelajar akan belajar bagaimana untuk menjalankan ujian makmal dan analisis pada dara, cecair badan dan tisu-tisu untuk membantu doktor-doktor dalam diagnosis dan pengurusan penyakit
  • Program ini akan melengkapkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan teori yang meluas dan kemahiran praktikal selaras dengan keperluan industri perubatan moden.

Fungsi DTMP?

  • Menjalankan pelbagai ujian yang dikehendaki oleh doktor
  • Menganalisis spesimen klinikal yang telah dihantar ke makmal
  • Melakukan semakan kawalan kualiti pada penganalisis
  • Merekodkan laporan ujian pesakit untuk rujukan masa hadapan.

Syarat Kemasukan

  •   SPM dengan minimum 3 kredit, diwajibkan satu kredit dalam subjek sains dan Lulus BM
  •   'O' Level atau setaraf.
  •   Lepasan STPM digalakkan memohon.

Peluang Kerjaya
Gabungan struktur pengajian yang komprehensif dan aspek praktikal didalam pengajian Diploma Teknologi Makmal Perubatan dapat menyediakan pelajar-pelajar peluan pekerjaan yang luas didalam industri penjagaan kesihatan. Program diploma ini menggabungkan teori dan kemahiran praktikal sebenar didalam makmal-makmal yang serba moden dan lengkap dalam usaha melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran terbaik.

Sehubungan dengan itu, graduan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan tidak perlu risau akan peluang pekerjaan kerana bidang ini mempunyai masa depan yang cerah sama ada didalam ataupun diluar negara

Graduan program Diploma Teknologi Makmal Perubatan berpeluang menjadi pakar teknologi makmal perubatan di hospital kerajaan, makmal swasta, makmal rujukan, juga sebagai pembantu penyelidikan untuk pengeluar dan supplier perubatan, pembangunan produk dan farmaseutikal.

Setelah menamatkan pengajian, terdapat banyak peluang pekerjaan seperti:
1. Pakar Teknologi Makmal di hospital kerajaan atau swasta
2. Pembantu pegawai saintifik di makmal kerajaan
3. Pembantu pegawai penyelidik di institusi penyelidikan kerajaan.
4. Pembantu makmal di universiti awam atau swasta
5. Juruteknik Makmal Perubatan Patologi dan Makmal diagnostik.

Modul Program

Tahun 1

  •   Bahasa Inggeris untuk sains
  •   Kimia Asas
  •   Biologi manusia
  •   Pengenalan Diploma Teknologi Makmal Perubatan
  •   Aplikasi Komputer
  •   Matematik Makmal
  •   Imunologi
  •   Biologi Molekul
  •   Histopatologi

Tahun 2

  •   Bahasa Kebangsaan A/B
  •   Pengajian Malaysia
  •   Pengajian Islam/Pendidikan Moral
  •   Hematologi
  •   Mikrobiologi Perubatan 1
  •   Imunohematologi 1
  •   Biokimia 1
  •   Sitologi 1
  •   Penempatan Klinikal 1

Tahun 3

  •   Parasitologi Perubatan
  •   Biostatistik
  •   Hematologi 2
  •   Mikrobiologi Perubatan 2
  •   Imunohematologi 2
  •   Biokimia 2
  •   Histopatologi 2
  •   Sitologi 2
  •   Penempatan Klinikal 2
Read 14696 times Last modified on Saturday, 16 August 2014 02:45
Login to post comments