Diploma Kesihatan Persekitaran

Diploma Kesihatan Persekitaran Diploma Kesihatan Persekitaran
DaftarIPTS

Untuk Pendaftaran Segera Sila SMS 
NAMA<jarak>
NO.IC<jarak>
ALAMAT<jarak>
EMEL
dan hantar kepada 019-223-6172

Website: www.studyipts.com

Dunia sekarang lebih kompleks apabila menghadapi cabaran baru dalam usaha untuk meminimumkan risiko-risiko kesihatan seperti pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan toksik, dan perkembangan organisma-organisma patogenik. Bidang kesihatan persekitaran semakin mencabar disebabkan oleh globalisasi, perubahan iklim, perubahan corak sosial dan ekonomi, kemusnahan persekitaran menyumbang kepada bencana alam semulajadi.

Kesihatan persekitaran adalah sebahagian dari kesihatan awam yang berkaitan dengan kesan-kesan faktor persekitaran kepada kesihatan dan kesejahteraan orang ramai, termasuk kualiti air dan udara, pengurusan sisa buangan, perumahan, pencemaran tanah, kualiti makanan dan penyakit berjangkit.

Program 3 tahun Diploma Kesihatan Persekitaran ini bermatlamat untuk menyediakan pelajar dengan latihan yang lengkap didalam bidang kesihatan persekitaran iaitu udara, kualiti air dan makanan, pencemaran tanah, pencemaran bunyi, kawalan perosak, perumahan dan penggunaan bahan merbahaya. Program ini juga bertujuan menyediakan pelajar dengan pengetahuan lengkap agar pelajar berkebolehan untuk menangani isu-isu yang berkaitdan dengan kesihatan persekitaran.

Program ini juga menekankan aspek kemahiran akademik dan komunikasi, prinsip-prinsip tingkahlaku manusia, kebolehan untuk menyelesaikan masalah. Program ini juga bertujuan mendorong pemahaman dan komitmen pelajar akan kepentingan profesion didalam masyarakat. Namun begitu, aspek yang paling penting adalah dedikasi dan cita-cita pelajar untuk bersama membantu memelihara alam sekitar demi kepentingan sejagat.

Apa itu Kesihatan Persekitaran?

Kajian kesihatan persekitaran adalah sebahagian dari kesihatan awam yang berkaitan antara individu dan persekitaran mereka dengan objektif untuk mencapai kehidupan yang sihat dan selamat.

Fungsi Kesihatan Persekitaran?

  • Kawalan Penyakit Berjangkit
  • Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
  • Kawalan Vektor
  • Kawalan Kualiti Makanan
  • Kawalan Kualiti Air Minuman
  • Bekalan Air Luar Bandar
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  • Kesihatan AM
  • Siasatan dan Aduan
  • Kesihatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang
  • Pengawasan di Pintu Masuk
  • Pelaksanaan
  • Promosi Kesihatan dan Pendidikan
Syarat Kemasukan
  • SPM dengan minimum 3 kredit, diwajibkan satu kredit dalam subjek sains dan Lulus BM
  • 'O' Level atau setaraf.
  • Lepasan STPM digalakkan memohon.
Peluang Kerjaya
Terdapat permintaan yang tinggi dan peluang pekerjaan yang luas untuk para graduan didalam bidang kesihatan persekitaran. Pelajar Diploma Kesihatan Persekitaran berkelayakan menjadi Pembantu Pegawai Kesihatan Persekitaran (EHO) di Kementerian Kesihatan atau pihak berkuasa tempatan seperti Pegawai Kebersihan, atau sebagai Pegawai Penyelidik/Kawalan Kesihatan Persekitaran.

Tanggungjawab profesion yang disandang akan memastikan para pelajar berusaha untuk memastikan keadaan persekitaran yang sihat dan berkualiti. Aspek penting pekerjaan termasuklah keselamatan makanan dan nutrisi, kesihatan dan keselamatan tempat kerja, keadaan perumahan (sanitasi alam sekitar, sistem pembentungan, dan sistem bekalan air), tahap kebisingan bunyi, pengeluaran bau, sisa perindustrian, kesihatan haiwan, pencemaran tanah, kawalan pencemaran udara/air dan penyakit-penyakit berjangkit termasuk penyakit bawaaan vektor.

Pelajar juga boleh menjawat jawatan sebagai Pegawai Kesihatan dan Keselamatan, atau terlibat didalam konsultasi di firma-firma yang menjalankan pengawasan persekitaran, penyelidik atau bekerja di sektor kerajaan didalam pemeriksaan dan permit, sanitasi, kualiti udara dan kawalan kualiti air, sebagai pembantu teknik di pusat rawatan sisa air, di pusat pelupusan dan pengursan sisa pepejal dan pelbagai perniagaan dan firma-firma perindustrian yang berikaitan dengan kawalan kesihatan alam sekitar.

Setelah menamatkan pengajian, terdapat banyak peluang pekerjaan seperti:
1. Kementerian Kesihatan
2. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Juga boleh berkhidmat di:
a. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
b. Kementerian Sumber Manusia.
c. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
d. Kementerian Pertahanan.

Sektor Swasta:
a. Industri Pembangunan
b. Industri Perkilangan
c. Sektor Perkhidmatan
d. Pihak Berkuasa Pelabuhan
e. Syarikat Pengurusan sisa padu
f. Pembangunan tanah, dsb.

Modul Program

Tahun 1

  • Bahasa Inggeris untuk Asas Sains
  • Kimia
  • Pengenalan Kesihatan
  • Aplikasi Komputer
  • Pengenalan Kesihatan Persekitaran
  • Bekalan dan Kualiti Air
  • Epidemiologi dan Biostatistik
  • Anatomi dan Fisiologi
  • Pengenalan Toksikologi Persekitaran
  • Bahasa Kebangsaan A/B
  • Pelupusan Air Buangan dan Pembentungan
  • Pengajian Malaysia
  • Pengajian Islam / Pendidikan Moral

Tahun 2

  • Kualiti Makanan dan Keselamatan
  • Undang-Undang dan Tatacara Undang-Undang Kesihatan Persekitaran
  • Penggunaan Tanah, Perumahan dan Isu Alam Sekitar
  • Tanah dan Hidrologi
  • Mikrobiologi Perubatan 1
  • Kebersihan Makanan
  • Kawalan Vektor dan Perosak
  • Kawalan dan Pencegahan Penyakit
  • Penilaian Kesan Kesihatan alam Sekitar
  • Mikrobiologi Perubatan 2
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

Tahun 3

  • Latihan Praktikal 1
  • Latihan Praktikal 2
  • Komunikasi Penjagaan Kesihatan
  • Promosi Kesihatan dan Pendidikan
Read 14411 times Last modified on Saturday, 16 August 2014 02:45
Login to post comments